GERAN #USAHAWANJWKS
Kerajaan Sarawak melalui JWKS berusaha memberi motivasi dan meningkatkan bilangan kaum wanita yang berjaya dan berkualiti dalam bidang keusahawanan terutamanya generasi muda melalui pemberian Geran #usahawanJWKS.
Geran ini terbuka kepada wanita berumur 18 tahun dan ke atas serta pemaustatin tetap Sarawak. Sila rujuk syarat-syarat kelayakan sebelum membuat permohonan. Permohonan boleh dibuat melalui https://jwks.sarawak.gov.my
- Wanita berusia 18 tahun dan ke atas dan pemastautin tetap Sarawak;
- Bukan penerima bantuan/geran daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta seperti UMK, JKMNS; SEDC, MARA, 1 AZAM, dan lain-lain;
- Pendapatan isirumah kasar tidak melebihi RM6,000.00 sebulan;
- Had maksimum bantuan yang diberikan adalah tidak melebihi nilai RM5,000.00 bagi setiap usahawan;
- Perniagaan atau cadangan perniagaan yang mempunyai Rancangan Perniagaan yang lengkap;
- Keutamaan diberikan kepada peserta wanita yang pernah mengikuti kursus di Wisma Wanita Training Centre (WWTC), Kuching;
- Penerima bantuan dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan perniagaan yang dijalankan kepada pihak urusetia JWKS sebanyak TIGA (3) bulan sekali selama SATU (1) tahun;
- Usahawan akan dipantau (handholding) selama DUA(2) tahun bagi memastikan kejayaan optimum (Return of Investment).