PIAGAM PELANGGAN
JABATAN WANITA DAN KELUARGA SARAWAK
Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak menjanjikan pelanggan-pelanggan perkhimatan yang telus, berkesan dan cekap seperti yang termaktub dalam Piagam Pelanggan kita seperti di bawah:
- Pengedaran Minit Mesyuarat akan diedarkan dan difaks dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja;
- Perlaksanaan program akan siap dilaksanakan dalam 80% dalam tempoh setahun.
- Pembayaran/tuntutan akan siap dilaksanakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja;
- Kesiapsiagaan kemudahan seperti Dewan Serbaguna JWKS untuk kemudahan/kegunaan pihak yang menyewa dalam tempoh permintaan dan penggunaan dewan;
- Tindak balas kepada aduan talikhidmat dalam tempoh dua (2) hari berkerja;
- Tindak balas kepada tugasan daripada Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti dalam tempoh dua puluh empat (24) jam;
- Pemprosesan dan kelulusan geran NGO dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penurunan/pemberian geran;
- Penghantaran SKT kakitangan JWKS minggu pertama bulan Disember;
- Pemprosesan pendaftaran NGO dan Ibu Tunggal di JWKS dalam tempoh satu (1) hari bekerja;
- Merujuk pelanggan kepada agensi-agensi lain yang berkaitan dalam tempoh kurang dari tiga (3) hari bekerja.