Latar Belakang Penubuhan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak
Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak atau dikenali dahulu sebagai Biro Wanita Sarawak, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak telah ditubuhkan pada 25 Ogos 1988. Semenjak ditubuhkan, JWKS telah menjalankan pelbagai program dan aktiviti khususnya yang melibatkan Pembangunan Wanita dan Keluarga di seluruh negeri Sarawak. Di samping itu, JWKS juga menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wanita, agensi-agensi Kerajaan dan Pertubuhan-Pertubuhan sama ada di dalam atau di luar Negara berhubung isu-isu wanita sejagat.
Pada 15 Januari 2015, Kabinet Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan penaiktarafan Biro Wanita Sarawak kepada Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.
Kronologi Penubuhan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak
TAHUN 1985
MMKN telah meluluskan penubuhan Biro Wanita Sarawak
TAHUN 1988
Penubuhan Biro Wanita Sarawak dilancarkan secara rasmi oleh YAB Ketua Menteri Sarawak
TAHUN 2010
Portfolio Pembangunan Wanita & Keluarga diletakkan dibawah Menteri Di Pejabat Ketua Menteri Biro Wanita Sarawak ditempatkan di Jabatan Ketua Menteri Sarawak
30 September 2011
Biro Wanita ditempatkan dibawah Kementerian Kebajikan, Wanita & Pembangunan Keluarga Sarawak
15 Januari 2015 hingga sekarang
Biro Wanita Sarawak dinaiktaraf kepada Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak