Pengenalan
Pusat Latihan Wisma Wanita (WWTC) telah dirasmikan pada 9 Oktober 2014 oleh YBhg Datin Patinggi Dato Hajah Jamilah Binti Haji Anu. Pusat Latihan tersebut diwujudkan sebagai platform kepada golongan wanita untuk menimba ilmu dan mempelajari kemahiran yang baru sekaligus memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menjana pendapatan tambahan.
Terdapat Empat (4) kursus yang ditawarkan di WWTC iaitu :
- Kursus Jahitan Kreatif & Jahitan pakaian.
- Kursus Masakan
- Kursus Kecantikan
- Kursus Spa
Keempat-empat kursus berkenaan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional yang mendapat pengiktirafan dari Jabatan Tenaga Kerja, JTK. Kursus akan diadakan selama Dua (2) hari dan setiap peserta akan mendapat sijil setelah tamat kursus dengan jayanya.
Pertanyaan
Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan kursus-kursus tersebut, bolehlah menghubungi koordinator WWTC seperti berikut dari dikrektori kakitangan JWKS :
- Encik Ahmad ilYassin Bin Azman
- Puan Nur Diana Binti Ismandi
- Puan Sharifah Nurul Fatihah Binti Wan Maliki
- Puan Martina Apan
- Encik Connors Kadir Anak Neru