Portal Rasmi
Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak
 
 
 


JWKS Helpline sebagai pemudah caraan bagi membantu mendapatkan khidmat nasihat, separa kaunseling dan prosedur undang-undang daripada agensi yang tepat. Kami beroperasi mulai jam 8 pagi hingga ke 5 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat iaitu masa bekerja. Dalam masa terdekat ini, kami tengah berusaha untuk menjadikan talian ini beroperasi 24 jam 7 hari. Jadi, nantikan perkembangan kami dari semasa ke semasa.

Ini adalah contoh panggilan ke JWKS Helpline:

1.Wanita dan Keluarga yang menjadi mangsa Kes Keganasan Rumah Tangga

2.Mereka yang memerlukan khidmat separa kaunseling

3. Mereka yang memerlukan sokongan emosi

4. Mereka yang ingin mengetahui prosedur undang-undang berkenaan kes penderaan, perceraian, hak penjagaan anak dan sebagainya.

Rujukan Akta:
Akta Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017
Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016