Portal Rasmi
Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak
 
 
 

 

GERAN #USAHAWANJWKS

Kerajaan Sarawak melalui JWKS berusaha memberi motivasi dan meningkatkan bilangan kaum wanita yang berjaya dan berkualiti dalam bidang keusahawanan terutamanya generasi muda melalui pemberian Geran #usahawanJWKS.

 

Geran ini terbuka kepada wanita berumur 18 tahun dan ke atas serta pemaustatin tetap Sarawak. Sila rujuk syarat-syarat kelayakan sebelum membuat permohonan. Permohonan boleh dibuat melalui https://jwks.sarawak.gov.my

 

 

  1. Wanita berusia 18 tahun dan ke atas dan pemastautin tetap Sarawak;
  2. Bukan penerima bantuan/geran daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta seperti UMK, JKMNS; SEDC, MARA, 1 AZAM, dan lain-lain;
  3. Pendapatan isirumah kasar tidak melebihi RM6,000.00 sebulan;
  4. Had maksimum bantuan yang diberikan adalah tidak melebihi nilai RM5,000.00 bagi setiap usahawan;
  5. Perniagaan atau cadangan perniagaan yang mempunyai Rancangan Perniagaan yang lengkap;
  6. Keutamaan diberikan kepada peserta wanita yang pernah mengikuti kursus di Wisma Wanita Training Centre (WWTC), Kuching;
  7. Penerima bantuan dikehendaki mengemukakan laporan kemajuan perniagaan yang dijalankan kepada pihak urusetia JWKS sebanyak  TIGA (3) bulan sekali selama SATU (1) tahun;
  8. Usahawan akan dipantau (handholding) selama DUA(2) tahun bagi memastikan kejayaan optimum (Return of Investment).