BAHAGIAN SISTEM SOKONGAN SOSIAL DAN ADVOKASI
Dua fungsi utama Bahagian Sistem Sokongan Sosial dan Advokasi (BSSSA) adalah Seksyen Advokasi dan Seksyen Sistem Sokongan Sosial, Khidmat Nasihat dan Bimbingan.
Seksyen Advokasi adalah sebuah seksyen yang bertanggungjawab terhadap perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program kesedaran dan advokasi berkaitan keselamatan dan hak-hak wanita dan keluarga. Seksyen ini berkolaborasi dengan pelbagai agensi dalam pelaksanaan program advokasinya seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan dan sebagainya.
Satu lagi seksyen di bawah BSSSA ialah Sistem Sokongan Sosial, Khidmat Nasihat dan Bimbingan. Antara fungsi utamanya adalah mengurus khidmat nasihat dan bimbingan, serta menyelaras dan memantau aduan atau pertanyaan berkaitan isu wanita dan keluarga di bawah JWKS Helpline.
Acara utama yang dilaksanakan oleh BSSSA ialah Sumbangsih Raya, iaitu satu acara bagi menghargai pengorbanan anggota keselamatan dan penguatkuasaan, serta badan-badan beruniform yang bertugas semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.
SEKSYEN ADVOKASI
● Perancangan, pelaksanaan pemantauan dan penilaian Program Kesedaran dan Advokasi berkaitan Keselamatan dan Hak-Hak Wanita dan Keluarga
● Kolaborasi dalam program Advokasi anjuran pelbagai agensi
SEKSYEN SISTEM SOKONGAN SOSIAL, KHIDMAT NASIHAT DAN BIMBINGAN
● Pengurusan khidmat nasihat dan bimbingan
● Penyelarasan dan pemantauan aduan / pertanyaan berkaitan isu wanita dan keluarga di bawah JWKS Helpline
ACARA UTAMA
● Sumbangsih Perayaan