UNIT TRANSFORMASI DAN PRESTASI


 

Unit Transformasi dan Prestasi (UTP) bertanggungjawab dalam perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian pencapaian pelan strategik jabatan dan balanced scorecard (BSC) jabatan. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab terhadap penyediaan laporan aktiviti jabatan secara bulanan dan tahunan, menyelenggara laman sesawang jabatan termasuklah hebahan aktiviti dan program jabatan.
 
UTP bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, memantau dan menilai inisiatif kualiti dan inovasi jabatan  seperti MS ISO 9001:2015, Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), dan Key Focus Activity (KFA).
 
Satu lagi fungsi utama UTP ialah pelaporan prestasi di mana unit ini bertanggungjawab melaporkan prestasi pembekal dan piagam pelanggan jabatan.

PELAN STRATEGIK
 
●Perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian pencapaian Pelan Strategik Jabatan
 
BALANCED SCORECARD (BSC)
 
●Perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian Balanced Scorecard Jabatan
 
KOMUNIKASI
 
●Penyediaan Laporan Aktiviti / Program Jabatan (Bulanan dan Tahunan)
●Penyelenggaraan Laman Sesawang Jabatan
●Hebahan aktiviti /program Jabatan
 
INISIATIF KUALITI
 
●Perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian inisiatif kualiti dan inovasi Jabatan (MS ISO 9001:2015, Kumpulan Kreatif Inovatif (KIK), Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Key Focus Activity (KFA))
 
PELAPORAN PRESTASI
 
● Pembekal
● Piagam Pelanggan

 

 

 

Copyright © Hakcipta Terpelihara Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak


Last Updated On 08 Nov 2024

Waktu Beroperasi :

Isnin - Khamis :

8.00am - 1.00pm & 2.00pm - 5.00pm

Jumaat : 8.00am - 11.45am & 2.15pm- 5.00pm

Tidak beroperasi pada Sabtu, Ahad & Cuti Umum