BANTUAN KETUA ISI RUMAH WANITA SARAWAK (KIRWaS)
Borang Permohonan:
https://forms.gle/hFTt1xMAsyj4JHSL6
SILA BACA SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN.
Disclaimer:
1. Borang ini adalah PERCUMA.
2. Borang ini hendaklah diisi dan dikemukakan sendiri oleh pemohon.
3. Tiada perkhidmatan disediakan dan pembayaran dikenakan bagi permohonan melalui borang ini.
4. Keputusan permohonan hanya dibuat oleh pihak JWKS dan tiada pihak dilantik untuk meluluskan permohonan dan penyediaan salinan dokumen.
Pengenalan
1. Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS) adalah salah satu daripada bantuan Kerajaan Sarawak untuk golongan sasar iaitu usahawan ketua isi rumah wanita dan/atau ibu tunggal dalam kategori miskin tegar berpendapatan RM1,298.00 dan ke bawah. (yang berniaga sahaja)
2. Bantuan Bantuan KIRWaS merupakan bantuan tunai berjumlah Ringgit Malaysia Satu Ribu sahaja (RM1,000.00) untuk seorang penerima (one-off).
3. Permohonan Bantuan KIRWaS adalah dengan mengemukakan Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan yang JELAS kepada JWKS secara atas talian.
4. Pemantauan pendapatan akan dibuat selama enam (6) bulan dari tarikh penerimaan bantuan.
Syarat-syarat dan Kriteria Permohonan (untuk yang berniaga sahaja)
i. Pemegang kad pengenalan berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus “K”;
ii. USAHAWAN Wanita Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas (yang berniaga SAHAJA);
iii. Ibu Tunggal atau Ketua Isi Rumah Wanita;
iv. Berpendapatan isi rumah RM1,298.00 dan ke bawah;
v. Bukan penerima Bantuan Kebajikan; dan
vi. Mengemukakan borang yang LENGKAP diisi beserta salinan dokumen yang disahkan.
Nota:
i. Ibu Tunggal merujuk kepada:
a) ibu yang telah bercerai; atau
b) balu; atau
c) wanita (bujang) yang mempunyai anak jagaan yang berdaftar
ii. Ketua Isi Rumah Wanita (sole bread winner of family)
- ada suami namun suami tidak mampu (sakit tenat) untuk bekerja.
Senarai salinan dokumen (DISAHKAN):
- Salinan fotostat kad pengenalan pemohon. (WAJIB)
- Muka Depan Buku Bank atau Salinan Penyata Akaun Bank (Mesti jelas maklumat pemegang akaun seperti nama penuh, nama bank, no. akaun bank). (WAJIB)
- Salinan penyata gaji/ pencen/ Surat atau Borang Pengesahan Pendapatan pemohon terkini. (WAJIB)
- Sijil Cerai atau Sijil Kematian atau Surat Pengesahan sebagai Ketua Isi Rumah yang disahkan oleh Ketua Kampung/Ketua Kaum/pegawai yang boleh mengesah (Sila Rujuk Syarat Permohonan). (WAJIB)
- Salinan Sijil pendaftaran perniagaan/ lesen & permit perniagaan pemohon. (sekiranya ada, jika tiada tidak perlu)
- Dokumen-dokumen lain yang berkaitan (Contoh: Surat Pengesahan Bujang namun mempunyai anak Jagaan/Surat OKU/etc)
(Sila pastikan salinan dokumen adalah JELAS dan BOLEH DIBACA serta Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred N9 ke atas sahaja kecuali bagi Borang Pengesahan Pendapatan boleh dibuat melalui KMKK)
Pegawai Seranta:
1. Puan Nur Diana
2. Cik Sharifah Nurul Fatihah
3. Puan Vivian Tsai Pei Chin
No. Tel: 082-512666
