GERAN MODAL PEMERKASAAN WANITA SARAWAK
Borang Permohonan:
https://forms.gle/i5YrNuZL9VrpMzoa7
SILA BACA SYARAT DAN KRITERIA SEBELUM MENGISI BORANG PERMOHONAN.
Disclaimer:
1. Borang ini adalah PERCUMA dan hanya boleh diakses melalui laman web rasmi JWKS sahaja.
2. Borang ini hendaklah diisi dan dikemukakan sendiri oleh pemohon.
3. Tiada perkhidmatan disediakan dan pembayaran dikenakan bagi permohonan melalui borang ini. (Perkhidmatan berbayar daripada pihak lain adalah TIDAK DIBENARKAN)
4. Keputusan muktamad oleh pihak JWKS sahaja dan tiada pihak dilantik untuk meluluskan permohonan dan penyediaan salinan dokumen.
5. Sekiranya TIADA MAKLUM BALAS diterima pada tahun permohonan dibuat, permohonan anda adalah TIDAK LAYAK.
Pengenalan:
1. Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak adalah salah satu daripada bantuan Kerajaan Sarawak untuk golongan sasar iaitu usahawan wanita Sarawak dalam kelompok B40.
2. Geran Modal adalah berbentuk peralatan perniagaan berjumlah maksimum Ringgit Malaysia Dua Ribu (RM2,000) sahaja untuk seorang penerima (one-off) yang layak.
3. Pemantauan pendapatan akan dibuat selama satu (1) tahun dari tarikh penerimaan bantuan.
4. Bentuk geran modal yang boleh dipohon oleh peserta adalah peralatan perniagaan dalam bidang seperti berikut:
- Makanan & minuman (contoh: stall, oven, deep fryer, balang air, set dome katering)
- Jahitan (contoh: mesin jahit, seterika, lightbox table)
- Kecantikan (contoh: makeup kit, makeup artist chair, hair salon utility cart)
- Spa & urut (contoh: katil spa, sauna steamer, manicure & pedicure chair)
- Fotografi & Videografi (contoh: kamera, printer, lighting equipment)
- Runcit (contoh: freezer, penimbang, mesin daftar tunai)
Syarat-syarat dan Kriteria Permohonan:
1. Pemegang kad pengenalan berstatus “K” atau isteri kepada pemegang kad pengenalan berstatus “K”;
2. Usahawan wanita Sarawak berumur 18 tahun dan ke atas (berniaga);
3. Berpendapatan isi rumah di bawah RM4,849.00;
4. Had maksimum geran modal yang diberikan adalah bernilai RM2,000.00 sahaja bagi seorang usahawan wanita; dan
5. Mengemukakan borang yang lengkap diisi beserta salinan dokumen yang disahkan (Sila pastikan semua dokumen yang telah disahkan dimuat naik dalam borang ini)
6. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Senarai Salinan Dokumen (PERLU DISAHKAN):
1. Salinan kad pengenalan pemohon.
2. Salinan penyata gaji/ pencen/ borang pengesahan pendapatan pemohon terkini.
3. Sebut harga (Quotation) barang/ kelengkapan (termasuk kos penghantaran) perniagaan daripada pembekal yang sahih. (Sebut harga mestilah mengandungi butiran pembekal, nama pemohon, nama & jenis peralatan, kuantiti & harga peralatan termasuk kos penghantaran.)
4. Salinan Sijil pendaftaran perniagaan/ lesen & permit perniagaan pemohon. (sekiranya ada)
5. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
(Sila pastikan salinan dokumen adalah JELAS dan BOLEH DIBACA serta Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred N9 ke atas sahaja kecuali bagi Borang Pengesahan Pendapatan boleh dibuat melalui KMKK)
Pegawai Seranta:
1. Puan Nur Diana
2. Puan Vivian Tsai Pei Chin
3. Cik Sharifah Nurul Fatihah
No. Tel: 082-512666