. 06/02
SIBU: Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) mempelawa mereka yang berminat khususnya golongan wanita mengikuti Kursus Women Skills Training (WST): Kursus Spa dan Urutan 2025. Melibatkan 18 siri, kursus pertama bermula pada 22 Januari ini dengan Urutan Sengkak Wajah diikuti Refleksologi (19 Februari), kedua-duanya diadakan di Wisma Wanita di sini. Ini diikuti kursus Body Scrub Treatment pada 26 Februari dan Traditional Herbal Oil Preparation (10 Mac) dijalankan secara dalam talian (Zoom). Kursus Rawatan Sengkak dijadualkan pada 23 April depan diikuti Foot Spa Treatment (7 Mei) di Wisma Wanita di sini. Pada 26 Mei, kursus Sauna Herbal Theraphy dijalankan secara Zoom diikuti Face Gua Sha Theraphy (5 Jun) di Wisma Wanita dan kursus Penjagaan Ibu Semasa Berpantang (23 Jun) secara Zoom. Kursus Urutan Asas Traditional berlangsung pada 10 Julai 2025 (Zoom) diikuti Breast Massage Theraphy (23 Julai) di Wisma Wanita. Kursus Swedish Massage (6 Ogos) dan Pre Natal Massage (27 Ogos) dijalankan di Wisma Wanita sementara kursus Herbal Bath Theraphy (21 Ogos) secara Zoom. Bagi September, kursus Facial Spa Therapy (15 September) secara Zoom dan Post Natal Massage (24 September) di Wisma Wanita. Kursus Sport Massage (8 Oktober) di Wisma Wanita diikuti Body Masker Theraphy (29 Oktober) secara Zoom. Bagi mereka berminat boleh menghubungi Pegawai Seranta Sity Hairiya Mohamad Luwe di talian 082-512666 atau 082-645247. https://www.utusanborneo.com.my/2025/01/08/jwks-pelawa-wanita-sertai-kursus-spa-dan-urutan-2025
. 03/02
Sesi Mock Audit MS ISO 9001:2015 telah diadakan pada: Tarikh: 27.01.2025 - 28.01.2025 Tempat: Bilik Persidangan & Bilik Seminar, Wisma Wanita
. 24/01
SESI BERGAMBAR BERSAMA YB DATO SERI FATIMAH ABDULLAH SERTA PENGARAH DAN WARGA KERJA JABATAN WANITA DAN KELUARGA SARAWAK DI WISMA WANITA
. 13/01
Jabatan Wanita Dan Keluarga Sarawak (JWKS) akan menganjurkan Kursus Pasca Perkahwinan Siri 1/2025 seperti ketetapan berikut:- Tarikh : 23 Januari 2025 (Khamis) Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat : Level 4, Cha Cha Durian Ballroom, Roxy Hotel Serian Objektif program ini adalah seperti berikut: a) Mengukuhkan perhubungan dan mengeratkan ikatan perkahwinan di antara suami dan isteri serta institusi keluarga; dan b) Memupuk dan meningkatkan keharmonian serta kesejahteraan rumah tangga.. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar melalui Google form pautan di bawah: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdUba-9ZdsDTcfuJHa4cx_3qm88VeFqrXzZSswscfaKehMYhA/viewform Sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan pegawai seranta berikut: 1) Puan Nur Syahidah (013-8100055) 2) Puan Noorlia (016-5254426) 3) Encik Mohd Helmi (016-8621243)