. 09/05
Seksyen Penyelarasan Latihan telah menjalankan kursus jahitan bagi modul Blaus Mengandung (Modul jahitan baru) pada 6-8 Mei 2025 (3 hari) di 7 PKJK dan telah melibat sebanyak 127 orang peserta. Hasil Blaus Mengandung seperti dalam gambar.
. 07/04
Gotong-Royong Perdana EKSA akan diadakan seperti butiran berikut: Tarikh: 14 April 2025 (Isnin) Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang Tempat: Wisma Wanita Pakaian: Baju EKSA/T-shirt Kelabu Tujuan program ini adalah untuk memastikan persekitaran kerja kita sentiasa kemas, bersih dan teratur selaras dengan amalan EKSA. Kehadiran dan kerjasama semua warga kerja amat dihargai bagi menjayakan aktiviti ini.
. 14/03
Motivational Talk Mencari Keberkatan Dalam Pekerjaan
. 21/03
Jom Bersama! Kita bersihkan, kita indahkan, kita segarkan tempat kerja kita! Ruang kerja bersih, minda segar, prestasi meningkat! Bersih, Ceria, Produktif – Itulah Semangat EKSA! Persekitaran Kondusif Budaya Cemerlang!
. 12/03
Ziarah Sumbangsih Raya di MARKAS 1 DIV INFANTRI Malaysia. ATM menerima 4,000 bungkusan Sumbangsih Raya utk frontlinersnya. Turut disampaikan Geran Pemerkasaan NGO kpd pengerusi BAKAT.
. 11/03
Sesi Penutupan Audit Negeri Scorecard Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak bagi Tahun 2024
. 08/03
MAJLIS SIMBOLIK PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2025/1446H
. 11/02
HARI EKSA 2025: BERSAMA KITA CERIAKAN RUANGAN KERJA! Tarikh: 21 Februari 2025 Jom Bersama! Kita bersihkan, kita indahkan, kita segarkan tempat kerja kita! Ruang kerja bersih, minda segar, prestasi meningkat! Bersih, Ceria, Produktif – Itulah Semangat EKSA! Persekitaran kondusif budaya cemerlang!
. 06/02
SIBU: Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) mempelawa mereka yang berminat khususnya golongan wanita mengikuti Kursus Women Skills Training (WST): Kursus Spa dan Urutan 2025. Melibatkan 18 siri, kursus pertama bermula pada 22 Januari ini dengan Urutan Sengkak Wajah diikuti Refleksologi (19 Februari), kedua-duanya diadakan di Wisma Wanita di sini. Ini diikuti kursus Body Scrub Treatment pada 26 Februari dan Traditional Herbal Oil Preparation (10 Mac) dijalankan secara dalam talian (Zoom). Kursus Rawatan Sengkak dijadualkan pada 23 April depan diikuti Foot Spa Treatment (7 Mei) di Wisma Wanita di sini. Pada 26 Mei, kursus Sauna Herbal Theraphy dijalankan secara Zoom diikuti Face Gua Sha Theraphy (5 Jun) di Wisma Wanita dan kursus Penjagaan Ibu Semasa Berpantang (23 Jun) secara Zoom. Kursus Urutan Asas Traditional berlangsung pada 10 Julai 2025 (Zoom) diikuti Breast Massage Theraphy (23 Julai) di Wisma Wanita. Kursus Swedish Massage (6 Ogos) dan Pre Natal Massage (27 Ogos) dijalankan di Wisma Wanita sementara kursus Herbal Bath Theraphy (21 Ogos) secara Zoom. Bagi September, kursus Facial Spa Therapy (15 September) secara Zoom dan Post Natal Massage (24 September) di Wisma Wanita. Kursus Sport Massage (8 Oktober) di Wisma Wanita diikuti Body Masker Theraphy (29 Oktober) secara Zoom. Bagi mereka berminat boleh menghubungi Pegawai Seranta Sity Hairiya Mohamad Luwe di talian 082-512666 atau 082-645247. https://www.utusanborneo.com.my/2025/01/08/jwks-pelawa-wanita-sertai-kursus-spa-dan-urutan-2025
. 03/02
Sesi Mock Audit MS ISO 9001:2015 telah diadakan pada: Tarikh: 27.01.2025 - 28.01.2025 Tempat: Bilik Persidangan & Bilik Seminar, Wisma Wanita